(Majikan) atau (Perkerja)

Terdapat sesebuah syarikat yang KERAP perkerjanya Letak Jawatan, Pindah ke syarikat lain, dan dipecat oleh majikan. Isu ini juga telah menjadi buah mulut rakan sepejabat, rakan sebaya, jiran jiran pejabat, rakan rakan perkerja, ahli2 KETUPAT dan babu babu yang selalu duduk di kedai kopi. memang lah masalah ini mesti ada berlaku dalam sesebuah syarikat, tapi ini KERAP atau SELALU atau .... apa apa lah.

Masalah Ini Sebenarnya berpunca dari pada siapa? MAJIKAN atau PERKERJA.

Disini kawan saya dari padang pasir nun jauh disana juga telah mengkaji dan menebual pekerja perkerja yang telah letak jawatan, berpindah dan dipecat itu, apakah masalah yang mereka hadapi?

1. Janji Tingal Janji. ini bukan tajuk lagu. Ini perkara utama yang mereka katakan. Lain yang dilafazkan dari mulut, tapi lain yang berlaku. cth 1: 100 tahun kamu kerja sini gaji akan naik. tapi tak naik naik. cth 2: Kamu ambil dulu taraf jawatan ini nanti ada kekosongan akan dinaikan skil. Belum sempat jawatan dibuka orang lain pula dapat jawatan itu. cth 3: U guna duit u dulu nanti syarikat akan bayar balik. minta maaf kalau dia bayar. ini kira mcm penipuan lah bah ni.

2. Majikan dan Koroninya kuat mengumpat dan memburuk burukan perkerja. perkara harian yang selalu terjadi. jika ada silap pun bersemuka lah dengan yang silap. jangan lah perangai setaraf dajal.

3. Ketua Majikan Bagaikan lalang. kalau ditiup ikut ja arus angin. ini lagi yang perkerja perkerja tak tahan dalam sesebuah syarikat. ada tukang bakar dalam sesebuah syarikat, yang ketua majikan ni pun bagaikan lembu ditarik hidungnya. Ikut ja 100%. memang mcm binatang yang diperkatakan pun.

4. Janji punya janji pun tiada hasil, maka berpindah lah perkerja ketempat lain yang lagi aman, kurang sakit kepala, kurang orang orang yang betrip bos kunun.

5. Trip jadi Bos. yang bos tu bos lah kan.. tapi ada yang bawah bawahan ni pun trip juga mau jadi bos. dia lah kunu kasi jatuh hukum/syarat syarikat. cth1: apa ni datang lambat.. bagus ko lepas la.. maka bukan pun dia bos. cth 2: lepas lah kau bukan juga kami terima kau disini.. anduk bah takat mana sahaja jawatan ko tu hahahah.. anak bini pun ampai ampai.. dia pula yang suruh suruh orang tu lepas dari kerja. maka dia punya jawatan pun tah kemana.

5. Trip Alim : ini paling banyak, tapi malas mau cakap, sendiri kurik idung sendiri rasa sedap la..

Mungkin ini semua gangguan kepala otak yang mereka hadapi dan terus membuat keputusan untuk lepas kerja, letak jawatan. untuk Tajuk Dipecat akan disiarkan minggu yang lain...

Rekaan semata mata, untuk di jadikan pedoman dan iktibar.

Koleksi Peribadi dari Rakan Nun Jauh di sana.... ( Novel 3:11 Macan Sili Raca Fedac )

Sa`ad bin Zaid bin Naufal