SUMBANGAN KEPADA ASRAMA PUTERA SMAI TPHR DISERAH


Petikan Diambil Dari Blog
ABU NUHA CORNER

Alhamdulillah, selepas solat fadhu jumaat semalam kami dapat menyerahkan sumbangan pelbagai pihak kepada pengurusan Asrama Putera SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah di Sembulan.

Setelah berita kebakaran blok surau asrama berkenaan diketahui ramai, saya bersama beberapa rakan mengutarakan inisiatif melalui blog ini agar sedikit kutipan segera dibuat untuk membantu sekadar yang termampu.

Saya tidak menyangka sambutan yang diberikan khususnya pengikut dan pembaca blog ini, mungkin keberkatan Ramadhan dan kesedaran masyarakat untuk bersedekah dan menyumbang menjadi faktor utama.

Sumbangan yang diterima hampir mencecah RM1500.

Antara penyumbang utama ialah Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Sabah, Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah, staf Petronas Kota Kinabalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, PAS Kawasan Putatan, jamaah Surau Austral, serta beberapa hamba Allah yang tidak ingin nama mereka disebut di sini.

Bahkan ketika kami membeli barang yang dimaksudkan di Wisma MUIS, terdapat beberapa orang yang turut menderma sama di sana secara spontan.

Gelagat kami memborong sajadah gulung, kitab suci al-Quran dan buku ma’thurat rupanya diperhati dan disedari orang.

Dalam acara ringkas semalam, Sdr Khairul Yusri daripada Yayasan Amal Malaysia bagi pihak semua menyampaikan sumbangan 5 buah sajadah gulung, 74 buah naskhah al-Quran serta 84 buah buku ma’thurat.

Sumbangan diterima oleh Ust Hj Safri Bakar dan Ust Hj Auzani Daud selaku pengawas asrama putera.

Berdasarkan maklumat, ada pihak-pihak lain bercadang turut menyumbang sama dalam masa yang terdekat ini.

Bagi pihak asrama pula, saya mengucapkan penghargaan kepada kepada para penyumbang. Mudah-mudahan pahala yang berlipat kali ganda khususnya di dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam kejadian petang isnin lalu, satu blok bangunan menempatkan surau, pejabat asrama, bilik belajar serta stor musnah dalam satu kebakaran. Tiada kemalangan jiwa, sementara jumlah kerugian masih disiasat.

Bangunan blok yang terbakar merupakan salah satu bangunan asrama yang berusia lebih 40 tahun.

Nama SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah mengambil nama sempena salah seorang isteri bapa kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Sekolah milik kerajaan negeri dibawah kelolaan JHEAINS ini merupakan sekolah menengah agama terulung di Sabah, yang telah melahirkan ribuan pelajar dan berkhidmat dalam pelbagai bidang di negeri ini.


Klik sini untuk lihat gambar Asrama Putera TPHR terbakar

Siapakah WARDEN asrama Putera TPHR Kinarut 2011

Kamu Rasa Siapa Warden Baru kalau pindah di kinarut.

Undian Paling Ngetop!

1. Ustaz Ali
2. Cg. Musalleh
3. Ustaz Safri
4. Ustaz Auzani
5. Ustaz Wahab
6. Ustaz Khalid
7. Ustaz Norhasan
8. Prof. Anuar

Siapakah Pilihan anda. Harap Bagi Pandangan....

SMA Toh Puan Rahmah siap 2011


MENTERI di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran bersama rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melakukan lawatan dan tinjauan kemajuan pembinaan bangunan Sekolah Menengah Agama Toh Puan Rahmah di tapak pembinaan di Kinarut, Papar, Sabah.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Gulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar; Setiausaha Rendah 1, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ag. Sharin Alimin; Pengarah JHEAINS, Amri Suratman; Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, pegawai-pegawai JHEAINS serta kakitangan sekolah berkenaan.

Sempena lawatan itu, Nasir dan rombongan diberikan taklimat tentang kemajuan pembinaan sekolah itu oleh pemaju pembinaan, Lee Kim Yu dan taklimat oleh pegawai JHEAINS, Ag. Abd Razak Ag. Momin serta melakukan tinjauan ke tapak pembinaan.

Bangunan sekolah baru bernilai RM19.8 juta itu telah dimulakan pembinaannya pada awal 2008 dan dijangka siap awal 2011 mengikut jadual.

SMK Toh Puan Hajah Rahmah yang ditubuhkan sekitar tahun 1972 mempunyai 260 pelajar, 33 orang guru dan lima orang kakitangan.

Sekolah turut dilengkapi dua buah bangunan asrama putera dan puteri serta mempunyai tiga buah bangunan menempatkan 15 buah kelas untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam di Sembulan.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agam Islam negeri Sabah seterusnya melakukan lawatan ke tapak pembinaan Masjid Kampung Pengalat Besar, SUIS Kg. Pengalat Besar sebelum menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat Islam di Masjid Pekan Papar yang turut disertai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Abdul Rahim Ismail.

(Petikan diambil dari utusan online)

Asrama Putra TPHR Terbakar Lagi


Dua kali dalam setahun Asrama Putra TPHR Terbakar.
Adakah Ini angkara manusia, Litar pintas, angkara jin, atau ??...
Renung Renungkan... :)

Minuman Istak ( Halal atau Haram) Guna botol arak

Minuman Istak yang mengunakan botol arak / serupa botol arak HALAL atau HARAM

halal Ka daging ayam yang dibentukkan serupa muka kinzir. sedangkan hidangan itu ayam, hanya dibentuk seperti muka kinzir.

Harap Beri Ulasan Tuan Tuan Ulama.

Sembang Kosong!


Sini Kamu Sembang Kosong ah, Mau Beantam Ka, Mau Ulas Pasal Hukum Ka, Mau Ulas Pasal Undang undang ka, Pasal Politik ka.. sini Kamu Kasi Luah hehehe...

Majlis Hari Guru Pada 29/10/2009

Dengar dengar mcm ada nasyid ni tahun betul ka?
Siapa artis jemputan? masi kah ahli nasyid yang lama?

Selamat Hari Raya TPHR

Selamat Hari Raya Kepada Warga Toh Puan Hajah Rahmah

Jadi Mau Serbu rumah siapa duluan ni