SUMBANGAN KEPADA ASRAMA PUTERA SMAI TPHR DISERAH


Petikan Diambil Dari Blog
ABU NUHA CORNER

Alhamdulillah, selepas solat fadhu jumaat semalam kami dapat menyerahkan sumbangan pelbagai pihak kepada pengurusan Asrama Putera SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah di Sembulan.

Setelah berita kebakaran blok surau asrama berkenaan diketahui ramai, saya bersama beberapa rakan mengutarakan inisiatif melalui blog ini agar sedikit kutipan segera dibuat untuk membantu sekadar yang termampu.

Saya tidak menyangka sambutan yang diberikan khususnya pengikut dan pembaca blog ini, mungkin keberkatan Ramadhan dan kesedaran masyarakat untuk bersedekah dan menyumbang menjadi faktor utama.

Sumbangan yang diterima hampir mencecah RM1500.

Antara penyumbang utama ialah Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Sabah, Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah, staf Petronas Kota Kinabalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, PAS Kawasan Putatan, jamaah Surau Austral, serta beberapa hamba Allah yang tidak ingin nama mereka disebut di sini.

Bahkan ketika kami membeli barang yang dimaksudkan di Wisma MUIS, terdapat beberapa orang yang turut menderma sama di sana secara spontan.

Gelagat kami memborong sajadah gulung, kitab suci al-Quran dan buku ma’thurat rupanya diperhati dan disedari orang.

Dalam acara ringkas semalam, Sdr Khairul Yusri daripada Yayasan Amal Malaysia bagi pihak semua menyampaikan sumbangan 5 buah sajadah gulung, 74 buah naskhah al-Quran serta 84 buah buku ma’thurat.

Sumbangan diterima oleh Ust Hj Safri Bakar dan Ust Hj Auzani Daud selaku pengawas asrama putera.

Berdasarkan maklumat, ada pihak-pihak lain bercadang turut menyumbang sama dalam masa yang terdekat ini.

Bagi pihak asrama pula, saya mengucapkan penghargaan kepada kepada para penyumbang. Mudah-mudahan pahala yang berlipat kali ganda khususnya di dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam kejadian petang isnin lalu, satu blok bangunan menempatkan surau, pejabat asrama, bilik belajar serta stor musnah dalam satu kebakaran. Tiada kemalangan jiwa, sementara jumlah kerugian masih disiasat.

Bangunan blok yang terbakar merupakan salah satu bangunan asrama yang berusia lebih 40 tahun.

Nama SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah mengambil nama sempena salah seorang isteri bapa kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Sekolah milik kerajaan negeri dibawah kelolaan JHEAINS ini merupakan sekolah menengah agama terulung di Sabah, yang telah melahirkan ribuan pelajar dan berkhidmat dalam pelbagai bidang di negeri ini.


Klik sini untuk lihat gambar Asrama Putera TPHR terbakar

6 comments:

jin surau berkata...

wahh bukan main.. dapat duit banyak. surau tebakar kekekkeke

Labu berkata...

tq. atas sumbangan semua..moga rezki kalian bertambah dan berkat

labi berkata...

abg waden kontrol ensem....kahkahkah

bro berkata...

wkakwkak... besa lah tu bos. masuk tb. mesti mau kontrol. wang saku rm1500 broo

labi berkata...

patutla semangat blanjala ba...kadekut btul...

bro berkata...

hahahhah..... abis sudah kali bos. bikin tingu wayang.