SMA Toh Puan Rahmah siap 2011


MENTERI di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran bersama rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melakukan lawatan dan tinjauan kemajuan pembinaan bangunan Sekolah Menengah Agama Toh Puan Rahmah di tapak pembinaan di Kinarut, Papar, Sabah.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Gulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar; Setiausaha Rendah 1, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ag. Sharin Alimin; Pengarah JHEAINS, Amri Suratman; Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, pegawai-pegawai JHEAINS serta kakitangan sekolah berkenaan.

Sempena lawatan itu, Nasir dan rombongan diberikan taklimat tentang kemajuan pembinaan sekolah itu oleh pemaju pembinaan, Lee Kim Yu dan taklimat oleh pegawai JHEAINS, Ag. Abd Razak Ag. Momin serta melakukan tinjauan ke tapak pembinaan.

Bangunan sekolah baru bernilai RM19.8 juta itu telah dimulakan pembinaannya pada awal 2008 dan dijangka siap awal 2011 mengikut jadual.

SMK Toh Puan Hajah Rahmah yang ditubuhkan sekitar tahun 1972 mempunyai 260 pelajar, 33 orang guru dan lima orang kakitangan.

Sekolah turut dilengkapi dua buah bangunan asrama putera dan puteri serta mempunyai tiga buah bangunan menempatkan 15 buah kelas untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam di Sembulan.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agam Islam negeri Sabah seterusnya melakukan lawatan ke tapak pembinaan Masjid Kampung Pengalat Besar, SUIS Kg. Pengalat Besar sebelum menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat Islam di Masjid Pekan Papar yang turut disertai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Abdul Rahim Ismail.

(Petikan diambil dari utusan online)

6 comments:

Suriram berkata...

Banar ka ani siap.???

anak berkata...

2011 ka 2020??

joystick@batangumbira berkata...

teda la 2011..mimpi la kmu..ni mainan2 unta padang pasir jak suma ni..

joystick@batangumbira berkata...

tp lau da buka 2011 bgus gak..dkat gak aku hihihi..jd kmu urg sana jan dengki a..kna tmpar kmu ole awang nnti pkai mesin

Tanpa Nama berkata...

anak2...klu dah d gtau 2011 siap 2 phm2 jea la...ni mo lg btnyk..ish3x!!!

Tanpa Nama berkata...

tp hrp2 siap awl ckit..hehe!! dlm prtghn 2010 g2..dpt gak kmi mrs skul bru..huhuhuh!!!