JASA MU TIDAK DIKENANG 2010

Al- Kisah Nun Jauh Di sana... Bukan di Malaysia Bukan di Sabah.
Sebuah Syarikat SDN BHD berstatus kan keISLAMAN yang diketuai oleh seorang yang berpendidikan keagamaan Nun jauh di padang pasir sana. Isu ini sebenarnya telah menjadi buah mulut rakan sepejabat, rakan sebaya, jiran jiran pejabat, rakan rakan perkerja, ahli2 KETUPAT dan babu babu yang selalu duduk di kedai kopi.
Pelaksanaannya tidak (pro) dan tidak melambangkan keislaman oleh pemimpin sesebuah syarikat.

(Pro) dalam perkerjaan selalunya orang perkatakan,

- (Pemimpin) seseorang itu haruslah bersikap positif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- mendengar masalah orang bawahan secara bersemuka. ( bukan dengar kata2 ahli KETUPAT terus ambil bulat bulat dan buat keputusan. ini selalu berlaku. MEMANG SAH)
- Tidak buat keputusan melulu. (keputusan membabibuta. sama mcm haiwan yang diperkatakan)
- Masalah peribadi jangan campur adukkan didalam urusan perkerjaan. (dia ada masalah peribadi, orang pejabat yang kena. ada darah tinggi pun jangan lah sampai orang lain yang terseksa.)
- Sebarang tindakan haruslah secara bersemuka Interaksi. ( bukan pakai surat layang. mcm budak budak. kenapa takut ka sampai guna surat. kalau yang guna surat ni selalunya urusan yang jauh jauh. ini hari hari nampak muka. lawak juga. mcm kurang pelajaran pula)
- Tidak menunjukan sifat sifat yang kurang elok, atau kurang sopan. (cth: koyakkan kertas didepan perkerja apabila tidak puas hati, tendang pintu sewaktu majlis ulang tahun)
- Tolak ansur. ( kita harus tolak ansur dlm sesetengah perkara. cth: tak kan nak tunaikan rukan islam pun mau hangin satu badan. sekurang2nya tolong selesaikan masalah, tempat kerja tu pun bukan hak milik datok moyang dia pun.)

Perlaksanaan melambang keislaman.

- Bersifat penyabar ( ini bagaikan disampuk setan, langsung tak da kesabaran)
- Bersifat sederhana (tidak bermegah megah dengan jawatan dan kekayaan. kaya hutang)
- Bersifat Tolak ansur
- Tidak mengumpat ( ini paling banyak ni kalau hal mengumpat. orang islam yang masuk neraka pun angkara mulut juga la aku rasa)
- Tidak membuat tuduhan melulu ( cth: belum tau pekara yang benar sudah cakap buakan2, si anuh bah yg buat... betul ni. firasat aku, dia yang buat.)
- Terima Pendapat Orang lain ( Nama ja masyuarat. tapi pendapat orang langsung tidak diterima)
- jika ada sebarang keraguan dengan orang bawahan, selesaikan secara bersemuka.
( mengumpat2 ni bukan mainan islam, lagi2 surat layang haha)
- Pandang Rendah dengan orang bawahan ( cth: Bodoh lah si anu ni bukan dia tau buat juga. walhal dia lagi x tahu apa apa, ketam ajar anak jalan lurus)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasanya ini hanya baru senarai kecil sahaja. kalau kita rujuk mana mana buku atau kitab mungkin ada banyak lagi huraian.
Jikalau ini benar benar berlaku dalam sesuatu syarikat yang melambangkan keislaman, bukan saja orang bukan islam, mungkin orang islam yang belum kuat ilmunya tentang islam melihat keadaan syarikat yang kononnya melambangkan keislaman ini orangnya mempunyai sifat2 yang buruk, bukan kah itu memburukan nama AGAMA ISLAM yang suci ini.
Mungkin kita jangan 100% yakin dengan orang yang bersijilkan keagamaan ini adalah suci, bagus, tidak mengumpat, berperangai baik dan jujur. adakalanya orang biasa itu lagi sempurna sifatnya seperti manusia dari yang bersijilkan keagamaan.

Disini saya juga ada menyimpan koleksi vedio amatur yang diambil secara sulit oleh rakan yang jauh di padang pasir sana secara tersembunyi tentang kelakuan, sifat yang kurang elok di dalam sebuah syarikat. (tapi tidak elok untuk ditontonkan secara umum)

sesungguhnya semua ini hanya rekaan semata mata dan ada yang betulnya dan mempunyai bukti yang kukuh seperti rakaman vedio. mana yang jahat kita tinggalkan, mana yang baik kita perbaiki lagi.. Assalamualaikum................

Rekaan semata mata, untuk di jadikan pedoman dan iktibar.

Koleksi Peribadi dari Rakan Nun Jauh di sana.... ( Novel 3:11 Macan Sili Raca Fedac )

Sa`ad bin Zaid bin Naufal

0 comments: